faqhubungimaklumbalaspeta

logo audit

Highlight of Event

Mesyuarat Rancangan Audit peringkat Jabatan Audit Negara (JAN) Negeri Zon Selatan

WhatsApp Image 2025 11 15 at 08.29.13 WhatsApp Image 2025 11 15 at 08.29.14 WhatsApp Image 2025 11 15 at 08.29.15 WhatsApp Image 2025 11 15 at 08.29.15 1 WhatsApp Image 2025 11 15 at 08.29.16 WhatsApp Image 2025 11 15 at 08.29.17

 

YBhg. Dato’ Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara (KAN) telah mempengerusikan Mesyuarat Rancangan Audit peringkat Jabatan Audit Negara (JAN) Negeri Zon Selatan yang melibatkan JAN Johor dan JAN Melaka pada 14 November 2025 di ibu pejabat.

‎‎Dalam sesi mesyuarat ini, YBhg. Dato’ Seri KAN telah memberikan komen, cadangan dan pandangan mengenai hala tuju pengauditan dan pelaporan untuk pelaksanaan pengauditan dan pelaporan bagi tahun 2026 dan tahun 2027, seiring dengan perluasan kuasa Ketua Audit Negara serta peranan Jabatan Audit Negara setelah pindaan Akta Audit 1957 [Akta 62] pada tahun 2024.

‎‎Mesyuarat ini turut dihadiri oleh Encik Azman Mahmood, Timbalan Ketua Audit Negara (Kewangan), serta Pengarah Audit Negeri Johor dan Melaka. Turut hadir secara dalam talian iaitu pegawai-pegawai Ibu Pejabat dan JAN Negeri.

 

  • Modified on: 14 Nov 2025
  • Print
  • 24