Webinar Jabatan Audit Negara Siri 2 Tahun 2025
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Akademi Audit Negara (AAN) telah menganjurkan Webinar Jabatan Audit Negara (JAN) Siri 2 Tahun 2025 bertajuk "Toleh Kanan Toleh Kiri: Mana Tatakelola?" pada 14 November 2025.
Majlis Peluncuran telah disempurnakan oleh YBhg. Dato' Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara (KAN). Webinar turut disertai oleh Encik Azman Mahmood, Timbalan Ketua Audit Negara (Kewangan) dan Puan Baridatul Anita Bidin, Pengarah Akademi Audit Negara (AAN).
Seramai 651 orang pegawai daripada Ibu Pejabat JAN, JAN Negeri dan Unit Audit Dalam Kementerian, Jabatan dan Agensi telah menyertai Webinar ini.
Dalam ucapan peluncurannya, YBhg. Dato' Seri KAN menekankan kepentingan tatakelola sebagai satu keperluan untuk memastikan setiap dasar, perbelanjaan dan tindakan Kerajaan memberi manfaat kepada Rakyat. Beliau juga mengingatkan bahawa pegawai Audit turut berperanan dalam membantu membina mekanisme pembetulan dan pencegahan serta harus mampu mengenal pasti jurang tadbir urus, menilai risiko utama dan menyarankan tindakan yang praktikal serta berorientasikan nilai.
Sesi Webinar telah dikendalikan oleh Puan Farizah binti Harman, Timbalan Pengarah AAN, JAN dengan ahli panel undangan terdiri daripada Puan Zatun Najmiah binti Mohd Sobri, Penolong Pesuruhjaya Bahagian Penyiasatan Tatakelola, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) serta Encik Allias bin Alwi, Timbalan Pengarah Sektor Audit Pengurusan Syarikat Kerajaan, JAN.





