faqhubungimaklumbalaspeta

logo audit

Highlight of Event

Sesi Penyerahan Perakuan Dan Pandangan Ketua Audit Negara Mengenai Pengauditan Syarikat Di Bawah Kawal Selia Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) Melalui Sistem E-Selfaudit Bagi Tahun 2025

1 2 WhatsApp Image 2025 10 31 at 13.23.04 WhatsApp Image 2025 10 31 at 13.23.05 WhatsApp Image 2025 10 31 at 13.23.06

 

YBhg. Dato’ Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara (KAN) hari ini telah bersetuju menyerahkan Perakuan dan Pandangan Ketua Audit Negara Mengenai Pengauditan Syarikat Melalui Sistem e-SelfAudit Bagi Tahun 2025 kepada empat (4) anak syarikat di bawah kawal selia Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), iaitu Boustead Holdings Berhad, Irat Properties Sdn. Bhd., Pembinaan Perwira Harta Sdn. Bhd. dan Power Cables Malaysia Sdn. Bhd.

Pelaksanaan pengauditan melalui Sistem e-SelfAudit yang diperkenalkan oleh Jabatan Audit Negara (JAN) awal tahun 2025 ini adalah berperanan untuk mewujudkan pembudayaan audit yang lebih kukuh dalam pengurusan kewangan Syarikat Kerajaan. Pengauditan ini melibatkan 850 syarikat Kerajaan Persekutuan daripada 1,856 badan lain termasuk syarikat yang diwartakan di seluruh Malaysia.

LTAT telah diwakili oleh Encik Mohammad Ashraf bin Md. Radzi, Ketua Eksekutif LTAT, YBhg. Dato' Indera Ir. Dr. Ahmad Sabirin Arshad, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Boustead Holdings Berhad dan Encik Mohd Zawawi bin Ramli, Ketua Pegawai Eksekutif Power Cables Malaysia Sdn. Bhd.

Turut hadir dalam sesi ini adalah Encik Azman bin Mahmood, Timbalan Ketua Audit Negara (Kewangan) dan Encik Allias bin Alwi, Timbalan Pengarah, Sektor Audit Pengurusan Syarikat Kerajaan.

 

  • Modified on: 31 Oct 2025
  • Print
  • 10