faqhubungimaklumbalaspeta

logo audit

Highlight of Event

Mesyuarat Penutup Pengauditan Penyata Kewangan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2024

WhatsApp Image 2025 10 31 at 13.12.38 WhatsApp Image 2025 10 31 at 13.12.38 1 WhatsApp Image 2025 10 31 at 13.12.39 WhatsApp Image 2025 10 31 at 13.12.41 WhatsApp Image 2025 10 31 at 13.12.41 1 WhatsApp Image 2025 10 31 at 13.12.42

 

YBhg. Dato' Seri Ketua Audit Negara telah mempengerusikan Mesyuarat Penutup Pengauditan Penyata Kewangan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2024 di Ibu Pejabat Jabatan Audit Negara, Putrajaya.

Hadir bersama dalam mesyuarat tersebut adalah YBhg. Datin Roszanina binti Wahab, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Pertahanan (MINDEF); YBhg. Datuk Zubir Ansori bin Yahaya, Pengerusi Jawatankuasa Audit LTAT; dan Encik Mohamad Ashraf bin Mohd Radzi, Ketua Eksekutif LTAT.

Turut hadir adalah Encik Azman bin Mahmood, Timbalan Ketua Audit Negara (Kewangan); dan Puan Norliza binti Md Nuruddin, Pengarah Audit Kewangan 1 JAN.

Ketua Audit Negara seterusnya telah menyempurnakan sesi menandatangani dan penyerahan Sijil Ketua Audit Negara mengenai Penyata Kewangan Lembaga Tabung Angkatan Tentera bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2024 kepada Ketua Eksekutif LTAT.

 

  • Modified on: 03 Nov 2025
  • Print
  • 10