faqhubungimaklumbalaspeta

logo audit

Highlight of Event

Sesi Libat Urus Papan Pemuka Dalam Talian Ketua Audit Negara (Auditor General's Dashboard-AGD) Bersama Kerajaan Negeri Perak

WhatsApp Image 2025 10 31 at 23.40.45 WhatsApp Image 2025 10 31 at 23.40.46 1 WhatsApp Image 2025 10 31 at 23.40.47 WhatsApp Image 2025 10 31 at 23.40.47 1

 

Jabatan Audit Negara (JAN) dengan kerjasama Unit Audit Dalam, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak telah mengadakan sesi libat urus pada 30 Oktober 2025 berkaitan isu-isu yang telah dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) bagi tahun 2018 hingga 2024 Negeri Perak yang dipaparkan dalam Papan Pemuka Dalam Talian Ketua Audit Negara (Auditor General's Dashboard-AGD). Sesi libat urus telah dipengerusikan oleh YBhg. Dato' Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara.

Sesi libat urus ini merupakan inisiatif baharu selaras dengan pindaan Akta Audit yang telah diluluskan pada tahun 2024. Seksyen baharu 9A telah memperuntukkan Ketua Audit Negara boleh pada bila-bila masa mengemukakan laporan mengenai audit susulan kepada Yang di-Pertuan Agong, dan boleh mengemukakan salinan laporan sedemikian kepada Raja atau Yang di-Pertua Negeri sesuatu Negeri atau kepada Menteri.

Turut hadir ke sesi ini YB Dato’ Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak; YB Dato’ Azmir Shah bin Zainal Abidin, Penasihat Undang-undang Negeri Perak; YB Dato’ Mohd Zaki bin Mahyudin, Pegawai Kewangan Negeri; YBhg. Dato’ Nor Sham binti Rahman, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan); dan En Azman bin Mahmood, Timbalan Ketua Audit Negara (Kewangan).

WhatsApp Image 2025 10 31 at 23.40.47 2 WhatsApp Image 2025 10 31 at 23.40.49 1 WhatsApp Image 2025 10 31 at 23.40.50 WhatsApp Image 2025 10 31 at 23.40.51

 

 

  • Modified on: 30 Oct 2025
  • Print
  • 133