Majlis Makan ASEAN–New Zealand Sempena Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
YBhg. Dato' Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara Malaysia, telah menghadiri Majlis Makan ASEAN–New Zealand yang diadakan pada 28 Oktober 2025 di Kuala Lumpur.
Majlis yang dipengerusikan oleh TYT Christopher Luxon, Perdana Menteri New Zealand, ini merupakan sebahagian daripada acara sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke–47, yang bertujuan memperkukuh hubungan diplomatik serta kerjasama strategik antara negara–negara ASEAN dan New Zealand.
Kehadiran YBhg. Dato’ Seri Ketua Audit Negara juga merupakan kesinambungan hubungan erat Malaysia dengan New Zealand, susulan pemilihan beliau sebagai Fellow Malaysia di bawah New Zealand Prime Minister’s Fellowship Scheme pada bulan Februari 2025 yang lalu.
Kredit foto: New Zealand High Commission Kuala Lumpur.



