Program Peluncuran Hari Sukan Negara Peringkat Jabatan Audit Negara Zon Utara
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
YBhg. Dato’ Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara bersama warga Jabatan Audit Negara Negeri Perak (JAN Perak) telah merasmikan Program Peluncuran Hari Sukan Negara Peringkat Jabatan Audit Negara Zon Utara dengan menandatangani di atas bola sebagai gimik perasmian.
Seterusnya YBhg. Dato’ Seri Ketua Negara telah menyampaikan anugerah Chartered Accountant (Malaysia Institute of Accountants-MIA) kepada tiga (3) orang pegawai JAN Perak iaitu Encik Mohd Fadzil bin Yaakub, Cik Hasnoor Azliani binti Ahmad Shukri dan Encik Ameruddin bin Azizan. Encik Ameruddin turut menerima Anugerah Association of Chartered Certified Accountants (ACCA) daripada Ketua Audit Negara.
Turut diadakan aktiviti senamrobik bersama Warga JAN Perak di Dataran Wisma JAN Perak.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |









