Mesyuarat Penutup Pengauditan Penyata Kewangan Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNPk) Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2024
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
YBhg. Dato' Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara telah mempengerusikan Mesyuarat Penutup Pengauditan Penyata Kewangan Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNPk) bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2024 pada 29 Oktober 2025 di Bangunan Perak Techno Trade Centre, Ipoh, Perak.
Delegasi PKNPk diketuai oleh YBhg Datuk Redza Rafiq bin Abdul Razak, Ketua Eksekutif PKNPk. Hadir bersama adalah Puan Nurdita Fadzlinda binti Ahmad Rasidi, Timbalan Ketua Eksekutif (Perhubungan Korporat); dan Encik Abdul Rahim bin Bohari @ Bahari, Ketua Pegawai Eksekutif, Kumpulan Perak Industrial Resources Sdn. Bhd.
Turut serta dalam mesyuarat ini adalah Encik Azman Mahmood, Timbalan Ketua Audit Negara (Kewangan); Puan Nadhirah binti Haji Abdul Wahab, Pengarah Audit Kewangan 2 JAN dan Encik Md Adnan bin Abdullah, Timbalan Pengarah Audit Negeri Perak.
YBhg. Dato' Seri Ketua Audit Negara seterusnya telah menyempurnakan sesi menandatangani dan penyerahan Sijil Ketua Audit Negara mengenai Penyata Kewangan PKNPk bagi Tahun Kewangan Berakhir 31 Disember 2024 kepada Ketua Eksekutif PKNPk.





