Majlis Anugerah Integriti, Governans dan Antirasuah (AIGA)
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
YBhg. Dato' Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara, telah menghadiri Majlis Anugerah Integriti, Governans dan Antirasuah (AIGA) yang berlangsung pada 22 Oktober 2025 bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
Majlis ini telah dirasmikan oleh YAB Dato' Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia, dalam usaha memperkukuh budaya integriti dan tadbir urus yang telus di semua peringkat.
Kehadiran YBhg. Dato' Seri Wan Suraya menyerlahkan sokongan padu Jabatan Audit Negara terhadap usaha IIM dalam memperkasa nilai integriti, memperkukuh amalan governans yang baik, serta mempergiatkan inisiatif pencegahan rasuah dalam sektor awam.
Kredit Foto: Institut Integriti Malaysia




