Sesi Penyerahan Perakuan Dan Pandangan Ketua Audit Negara Mengenai Pengauditan Pertubuhan Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK)
Melalui Sistem E-Selfaudit Bagi Tahun 2025
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
YBhg. Dato’ Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara (KAN) telah menyerahkan Perakuan Dan Pandangan Ketua Audit Negara Mengenai Pengauditan Pertubuhan Melalui Sistem e-Selfaudit Bagi Tahun 2025 kepada dua (2) pertubuhan di bawah LZNK iaitu Pertubuhan Haemodialisis Zakat Kedah dan Pertubuhan Maahad Dini Sultan Abdul Halim Kedah pada 21 Oktober 2025 di Ibu Pejabat Jabatan Audit Negara.
Sesi penyerahan sijil perakuan ini disaksikan oleh Sohibus Samahah YBhg. Dato’ Paduka (Dr.) Syeikh Fadzil bin Haji Awang. Pertubuhan Haemodialisis Zakat Kedah dan Pertubuhan Maahad Dini Sultan Abdul Halim Kedah diwakili YBhg. Dato’ Syeikh Zakaria bin Othman sebagai Pengerusi.
Turut hadir dalam sesi ini adalah YBrs. Encik Azman bin Mahmood, Timbalan Ketua Audit Negara (Kewangan), YBrs. Encik Mohd Fisul bin Ismail, Pengarah Audit Kewangan III, YBrs. Encik Halimuddin bin Chongge, Pengarah Audit Kewangan IV, Encik Allias bin Alwi, Timbalan Pengarah Audit Sektor Audit Pengurusan Syarikat Kerajaan dan Puan Mazmiza binti Mihat, Pengarah Audit Negeri Kedah.
Pelaksanaan pengauditan e-SelfAudit yang diperkenalkan oleh Jabatan Audit Negara bermula awal tahun 2025 ini berperanan mewujudkan pembudayaan audit yang lebih kukuh dalam pengurusan kewangan Syarikat Kerajaan. Pengauditan ini melibatkan 1,856 syarikat/badan lain Kerajaan Persekutuan dan Negeri, termasuk 59 syarikat/badan lain Kerajaan Negeri Kedah.



