faqhubungimaklumbalaspeta

logo audit

Highlight of Event

Sesi Penyerahan Perakuan Dan Pandangan Ketua Audit Negara Mengenai Pengauditan Syarikat Majlis Agama Islam Negeri Kedah (MAIK)
Melalui Sistem E-Selfaudit Bagi Tahun 2025

WhatsApp Image 2025 10 21 at 21.14.55 WhatsApp Image 2025 10 21 at 21.14.55 1 WhatsApp Image 2025 10 21 at 21.14.56 WhatsApp Image 2025 10 21 at 22.10.50

 

YBhg. Dato’ Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara (KAN) telah menyerahkan Perakuan Dan Pandangan Ketua Audit Negara Mengenai Pengauditan Syarikat Melalui Sistem e-Selfaudit Bagi Tahun 2025 kepada dua (2) syarikat di bawah MAIK iaitu Lubitrade Sendirian Berhad dan Pengurusan Izzah Sdn. Bhd. pada 21 Oktober 2025 di Ibu Pejabat Jabatan Audit Negara.

Sesi penyerahan sijil perakuan ini disaksikan oleh Sohibus Samahah YBhg. Dato’ Paduka (Dr.) Syeikh Fadzil bin Haji Awang.

Pengurusan Izzah Sdn. Bhd. diwakili oleh YBhg. Dato' Dr. Haji Abd. Ghani@Zulkifli bin Haji Zainuddin, Setiausaha MAIK merangkap Ahli Lembaga Pengarah manakala Lubitrade Sendirian Berhad diwakili oleh YBrs. Tuan Abdul Malek bin Shaari dan Tuan Syeikh Ahmad Zaki bin Ghazali.

Turut hadir dalam sesi ini adalah YBrs. Encik Azman bin Mahmood, Timbalan Ketua Audit Negara (Kewangan), YBrs. Encik Mohd Fisul bin Ismail, Pengarah Audit Kewangan III, YBrs. Encik Halimuddin bin Chongge, Pengarah Audit Kewangan IV, Encik Allias bin Alwi, Timbalan Pengarah Audit Sektor Audit Pengurusan Syarikat Kerajaan dan Puan Mazmiza binti Mihat, Pengarah Audit Negeri Kedah.

Pelaksanaan pengauditan e-SelfAudit yang diperkenalkan oleh Jabatan Audit Negara bermula awal tahun 2025 ini berperanan mewujudkan pembudayaan audit yang lebih kukuh dalam pengurusan kewangan Syarikat Kerajaan. Pengauditan ini melibatkan 1,856 syarikat/badan lain Kerajaan Persekutuan dan Negeri, termasuk 59 syarikat/badan lain Kerajaan Negeri Kedah.

 

  • Modified on: 21 Oct 2025
  • Print
  • 22