faqhubungimaklumbalaspeta

logo audit

Highlight of Event

Mesyuarat Penutup Pengauditan Penyata Kewangan Majlis Agama Islam Negeri Kedah (MAIK) Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2024

WhatsApp Image 2025 10 21 at 21.01.41 WhatsApp Image 2025 10 21 at 21.01.42 WhatsApp Image 2025 10 21 at 21.01.42 1 WhatsApp Image 2025 10 21 at 21.01.45 WhatsApp Image 2025 10 21 at 21.01.46

 

YBhg. Dato’ Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara telah mempengerusikan Mesyuarat Penutup Pengauditan Penyata Kewangan Majlis Agama Islam Negeri Kedah (MAIK) bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2024 pada 21 Oktober 2025 di Ibu Pejabat Jabatan Audit Negara, Putrajaya.

Hadir bersama dalam mesyuarat tersebut adalah YBhg. Dato’ Dr. Haji Abdul Ghani @ Zulkifli bin Haji Zainuddin, Setiausaha MAIK, YBhg. Sohibus Samahah Dato’ Paduka (Dr.) Syeikh Fadzil bin Haji Awang, Mufti Negeri Kedah dan pegawai-pegawai dari MAIK.

Turut hadir adalah YBrs. Encik Azman Mahmood, Timbalan Ketua Audit Negara (Kewangan), Encik Mohd Fisul Ismail, Pengarah Audit Kewangan III JAN, Encik Halimuddin bin Chongge, Pengarah Audit Kewangan IV JAN dan Puan Mazmiza binti Mihat, Pengarah Audit Negeri Kedah.

Seterusnya, YBhg. Dato’ Seri Ketua Audit Negara telah menyempurnakan sesi menandatangani dan penyerahan Sijil Ketua Audit Negara mengenai Penyata Kewangan MAIK bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2024 kepada YBhg. Setiausaha MAIK sebaik berakhir mesyuarat.

 

  • Modified on: 21 Oct 2025
  • Print
  • 24