Ziarah Kasih Terhadap Keluarga Allahyarham Encik Norhim Ahmad Rahim Pegawai JAN Sabah
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Pada 16 Oktober 2025, YBhg. Dato' Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara telah menziarahi Balu serta waris Allahyarham Encik Norhim Ahmad bin Rahim di kediaman keluarga beliau di Taman Putera Perdana, Telipok, Sabah. Allahyarham yang telah berkhidmat di JAN Sabah selama 35 tahun 3 bulan telah kembali ke rahmatullah pada 11 September 2025 yang lalu.
Dalam kunjungan tersebut, YBhg. Dato' Seri turut menyampaikan sumbangan peribadi beliau serta sumbangan daripada Tabung Jabatan Audit Negara (JAN) / Majlis Sukan Jabatan Audit Negara (MASJAN)
hasil kutipan daripada Warga Jabatan Audit Negara kepada Balu Allahyarham sebagai tanda keprihatinan, sokongan moral dan usaha meringankan beban yang ditanggung keluarga.
Turut hadir dalam ziarah ini ialah Puan Norliza binti Md. Nuruddin @ Nordin; Pengarah Audit Kewangan 1 Sektor Audit Kewangan, Encik Zakri bin Mamat; Pengarah Audit Negeri Sabah, dan Encik Saiful Anuar bin Mohd Jaafar; Pengarah Audit Negeri Sarawak.
Warga JAN menzahirkan doa agar Balu dan keluarga Allahyarham terus diberikan kekuatan, ketabahan serta sokongan berterusan daripada seluruh warga jabatan, agar ianya menjadi sumber kekuatan dan penguat semangat buat mereka sekeluarga.