faqhubungimaklumbalaspeta

logo audit

Highlight of Event

Mesyuarat Penutup Pengauditan Penyata Kewangan Universiti Malaysia Sabah (UMS) bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2024

WhatsApp Image 2025 10 16 at 18.39.11 WhatsApp Image 2025 10 16 at 18.39.12 WhatsApp Image 2025 10 16 at 18.39.12 1 WhatsApp Image 2025 10 16 at 18.39.13 WhatsApp Image 2025 10 16 at 18.39.17 WhatsApp Image 2025 10 16 at 18.39.17 1

 

YBhg. Dato' Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara telah mempengerusikan Mesyuarat Penutup Pengauditan Penyata Kewangan Universiti Malaysia Sabah (UMS) bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2024 pada 16 Oktober 2025 di Pejabat Jabatan Audit Negara Negeri Sabah.

‎‎Mesyuarat telah dihadiri oleh YBhg. Profesor Datuk Dr. Kasim bin Haji Mansor, Naib Canselor UMS; YBrs. Encik Azman bin Mahmood; Timbalan Ketua Audit Negara (Kewangan); YBrs. Puan Norliza binti Md. Nuruddin @ Nordin, Pengarah Audit Kewangan 1; YBrs. Tuan Haji Mohd Fisul bin Ismail, Pengarah Audit Kewangan 3; Pengarah-Pengarah Audit dan Pegawai JAN. Turut hadir wakil dari Kementerian Pendidikan Tinggi; Jabatan Pendidikan Tinggi; serta Firma Audit Swasta.

‎‎YBhg. Dato' Seri Ketua Audit Negara seterusnya menyempurnakan sesi menandatangani dan penyerahan Sijil Ketua Audit Negara mengenai Penyata Kewangan UMS bagi Tahun Kewangan Berakhir 31 Disember 2024 kepada Naib Canselor UMS.

 

  • Modified on: 16 Oct 2025
  • Print
  • 29