faqhubungimaklumbalaspeta

logo audit

Highlight of Event

Sesi Penyerahan Perakuan Dan Pandangan Ketua Audit Negara Mengenai Pengauditan Syarikat Subsidiari Universiti Malaysia Sabah (UMS)
Melalui Sistem e-SelfAudit Bagi Tahun 2025

561611299 1255214946650549 2729453446522 561654553 1255214883317222 3732676690314217293 n 561790714 1255214983317212 6835666554125 561860321 1255215013317209 7947040979541 561998237 1255214913317219 4200678677153

 

YBhg. Dato’ Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara (KAN) telah menyerahkan Perakuan Dan Pandangan Ketua Audit Negara Mengenai Pengauditan Syarikat Melalui Sistem e-SelfAudit Bagi Tahun 2025 kepada tiga (3) syarikat subsidiari di bawah Universiti Malaysia Sabah (UMS) iaitu UMS Investment Holdings Sdn. Bhd. (UiNVEST), Bayu Prima Resources Sdn. Bhd. (kini dikenali sebagai UMS Ventures Sdn. Bhd.), dan ULink Property Sdn. Bhd. pada 15 Oktober 2025 di Pejabat Jabatan Audit Negara Negeri Sabah.

Pelaksanaan pengauditan e-SelfAudit yang diperkenalkan oleh Jabatan Audit Negara awal tahun 2025 ini berperanan mewujudkan pembudayaan audit yang lebih kukuh dalam pengurusan kewangan Syarikat Kerajaan. Pengauditan ini melibatkan 850 syarikat Kerajaan Persekutuan daripada 1,856 badan lain termasuk syarikat yang diwartakan seluruh Malaysia.

Syarikat subsidiari UMS diwakili oleh YBrs. Ir. Mohd Roslee Mohd Ali Lee, selaku Ketua Pegawai Eksekutif UMS Investment Holdings Sdn. Bhd. dan wakil bagi Bayu Prima Resources Sdn. Bhd. dan ULink Property Sdn. Bhd.

Sesi penyerahan sijil perakuan ini turut disaksikan oleh YBhg. Profesor Datuk Dr. Kasim bin Haji Mansor, Naib Canselor UMS dan YBhg. Datuk Badrul Hisham Bin Ismail, Bendahari UMS.

Turut hadir dalam sesi ini adalah Puan Norliza binti Md Nuruddin, Pengarah Audit Kewangan I, Puan Raftah binti Ibrahim, Pengarah Bahagian Audit Syarikat I dan Encik Zakri bin Mamat, Pengarah Audit Negeri Sabah.

 

  • Modified on: 15 Oct 2025
  • Print
  • 28