Sesi Penyerahan Perakuan Dan Pandangan Ketua Audit Negara Mengenai Pengauditan Syarikat Subsidiari Perbadanan Menteri Besar Kelantan Melalui Sistem E-Selfaudit Bagi Tahun 2025
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
YBhg. Dato’ Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara (KAN) telah menyerahkan Perakuan Dan Pandangan Ketua Audit Negara Mengenai Pengauditan Syarikat Melalui Sistem e-SelfAudit Bagi Tahun 2025 pada 14 Oktober 2025 di Wisma Audit, Jabatan Audit Negara Negeri Kelantan kepada tiga syarikat Kerajaan Negeri Kelantan yang merupakan subsidiari kepada Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) iaitu PMBK Development Sdn. Bhd., Kelantan Utilities Mubaarakan Holdings Sdn. Bhd. dan Daulah Najah Sdn. Bhd.
Sesi penyerahan sijil perakuan ini disaksikan oleh YBhg. Dato’ LSr. Dr. Hj. Wan Muhd Aminuddin bin Wan Hussin, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PMBK. Syarikat PMBK Development Sdn. Bhd. diwakili oleh YBrs. Tuan Hj. Nazri bin Deraman, Pengurus Besar, Kelantan Utilities Mubaarakan Holdings Sdn. Bhd. diwakili oleh YBrs. Dr. Mohd Roshdi bin Hassan, Pengurus Besar dan Daulah Najah Sdn. Bhd. diwakili oleh Encik Saiful Bahri bin Ismail, Pengurus Syarikat.
Turut hadir dalam sesi ini adalah YBrs. Puan Norliza binti Md. Nuruddin @ Nordin, Pengarah Audit Kewangan I, YBrs. Pn. Sharifah Zarina binti Syed Ahmad, Pengarah Bahagian Audit Pengurusan Syarikat Kerajaan II dan Encik Azmi bin Hassan, Pengarah Audit Negeri Kelantan.
Pelaksanaan pengauditan e-SelfAudit yang diperkenalkan oleh Jabatan Audit Negara bermula awal tahun 2025 ini berperanan mewujudkan pembudayaan audit yang lebih kukuh dalam pengurusan kewangan Syarikat Kerajaan. Pengauditan ini melibatkan 49 syarikat Kerajaan Negeri Kelantan daripada 1,856 syarikat yang diwartakan seluruh Malaysia.



