faqhubungimaklumbalaspeta

logo audit

Highlight of Event

Sesi Penyerahan Perakuan Dan Pandangan Ketua Audit Negara Mengenai Pengauditan Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR)
Melalui Sistem e-SelfAudit Bagi Tahun 2025

WhatsApp Image 2025 10 15 at 07.46.30 WhatsApp Image 2025 10 15 at 07.46.32 WhatsApp Image 2025 10 15 at 07.46.34 WhatsApp Image 2025 10 15 at 07.46.35

 

YBhg. Dato’ Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara (KAN) telah menyerahkan Perakuan Dan Pandangan Ketua Audit Negara Mengenai Pengauditan Syarikat Melalui Sistem e-Selfaudit Bagi Tahun 2025 kepada empat (4) syarikat subsidiari di bawah KESEDAR iaitu KESEDAR Holdings Sdn. Bhd., KESEDAR Perkilangan Sdn. Bhd., KESEDAR Dagang Sdn. Bhd. dan KESEDAR Hotel Travel & Tours Sdn. Bhd.

Pelaksanaan pengauditan e-SelfAudit yang diperkenalkan oleh Jabatan Audit Negara awal tahun 2025 ini berperanan mewujudkan pembudayaan audit yang lebih kukuh dalam pengurusan kewangan Syarikat Kerajaan. Pengauditan ini melibatkan 850 syarikat Kerajaan Persekutuan daripada 1,856 badan lain termasuk syarikat yang diwartakan seluruh Malaysia.

KESEDAR diwakili oleh YBrs. Hajjah Norlidasaidi binti Awang Teh, Timbalan Pengurus Besar (Operasi) dan YBrs. Encik Mohd Fadhly bin Ab Manaf Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) manakala Syarikat subsidiari KESEDAR diwakili oleh YBrs. Encik Syazwan Afif bin Sa'ari Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KESEDAR Holdings Sdn. Bhd., YBrs. Encik Amirulah bin Che Hasmi, Pengurus KESEDAR Perkilangan Sdn. Bhd., YBrs. Encik Mohd Nasaruddin bin Musa, Pengurus KESEDAR Dagang Sdn. Bhd., dan YBrs. Puan Khadijah Hanin binti Azmi, Pengurus KESEDAR Hotel Travel & Tours Sdn. Bhd.

Sesi penyerahan sijil perakuan ini turut disaksikan oleh YBrs. Tuan Meor Ismail bin Meor Akim, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) dan YBhg. Datin Rosni binti Mohd Yusoff, Setiausaha Bahagian Pengurusan Strategik Badan Berkanun, Kementerian Kewangan.

Turut hadir dalam sesi ini adalah YBrs. Tuan Azmi Bin Hassan, Pengarah Audit Negeri Kelantan dan YBrs. Puan Sharifah Zarina binti Syed Ahmad, Pengarah Audit Sektor Audit Pengurusan Syarikat Kerajaan.

 

  • Modified on: 14 Oct 2025
  • Print
  • 238