faqhubungimaklumbalaspeta

logo audit

Highlight of Event

Peluncuran Hari Sukan Negara Peringkat Jabatan Audit Negara (JAN) Zon Timur Dan Sesi Town Hall Ketua Audit Negara
Bersama Warga JAN Kelantan

WhatsApp Image 2025 10 14 at 01.38.43 WhatsApp Image 2025 10 14 at 01.38.44 WhatsApp Image 2025 10 14 at 01.38.45 WhatsApp Image 2025 10 14 at 01.38.46 WhatsApp Image 2025 10 14 at 01.38.47

 

YBhg. Dato’ Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara (KAN), telah merasmikan Peluncuran Hari Sukan Negara Peringkat Jabatan Audit Negara (JAN) Zon Timur pada 13 Oktober 2025, bertempat di Wisma Audit Negeri Kelantan.

Dalam ucapan perasmiannya, YBhg. Dato’ Seri KAN menekankan bahawa profesion juruaudit menuntut tahap fokus, ketelitian dan kecekapan yang tinggi, selain berdepan dengan tugasan yang semakin kompleks dan mencabar. Sehubungan itu, beliau menyeru agar budaya hidup sihat dan aktif sentiasa diamalkan sebagai langkah penting dalam mengekalkan keseimbangan fizikal dan mental ketika melaksanakan tanggungjawab harian.

Program peluncuran tersebut telah disusuli dengan Sesi Town Hall Ketua Audit Negara bersama 65 orang warga JAN Kelantan.

Dalam sesi yang berlangsung secara interaktif dan terbuka itu, YBhg. Dato’ Seri KAN telah berkongsi aspirasi dan hala tuju Jabatan Audit Negara, di samping mendengar pandangan serta cadangan daripada warga kerja JAN Kelantan. Beliau turut menekankan kepentingan komunikasi dua hala, integriti, dan semangat berpasukan dalam memperkukuh sistem penyampaian audit yang berkesan dan berwibawa.

Turut hadir YBhg. Datuk Nor Salwani Muhammad, Timbalan Ketua Audit Negara (Prestasi); Encik Azmi bin Hassan, Pengarah Audit Negeri Kelantan; Encik Anuwar bin Asmuni, Pengarah Audit Negeri Pahang; dan Encik Mohd Faidzal bin Abu, Pengarah Audit Negeri Terengganu.

WhatsApp Image 2025 10 14 at 01.38.53 WhatsApp Image 2025 10 14 at 01.38.53 1 WhatsApp Image 2025 10 14 at 01.38.54 WhatsApp Image 2025 10 14 at 01.38.56 WhatsApp Image 2025 10 14 at 01.38.57

 

  • Modified on: 13 Oct 2025
  • Print
  • 14