Majlis Menghadap Hormat Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Tuanku Raja Muda Perlis Bagi Persembahan Sijil Ketua Audit Negara Penyata Kewangan Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) Bagi Tahun 2024 Dan Perakuan Dan Pandangan Ketua Audit Negara Mengenai Pengauditan Syarikat Melalui Sistem e-SelfAudit Tahun 2025 Bagi Syarikat Subsidiari MAIPs
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
DYTM Tuanku Raja Muda Perlis telah berkenan menerima Sembah Menghadap Hormat YBhg. Dato’ Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara bagi mempersembahkan Sijil Ketua Audit Negara Penyata Kewangan Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) Bagi Tahun 2024 pada 9 Oktober 2025 di Kuala Lumpur. Selain itu, YBhg. Dato’ Seri Ketua Audit Negara juga mempersembahkan Perakuan Dan Pandangan Ketua Audit Negara Mengenai Pengauditan Syarikat Melalui Sistem e-SelfAudit Bagi Tahun 2025 melibatkan Syarikat subsidiari MAIPs iaitu KUIPs Sdn. Bhd. dan Akademi Transformasi Asnaf MAIPs Sdn. Bhd.
Hadir bersama dalam majlis tersebut adalah YBhg. Dato’ Abdul Rauf bin Abdul Rashid, Pengerusi Jawatankuasa Kewangan mewakili Ahli Majlis MAIPs; YBrs. Tuan Haji Mohd Nazim bin Mohd Noor, Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs; dan YBrs. Sahibul Fadhilah Ustaz Tajul Urus bin Abdul Halim; Timbalan Mufti Negeri Perlis.
Turut hadir dalam majlis ini ialah YBrs. Encik Azman bin Mahmood, Timbalan Ketua Audit Negara (Syarikat); YBrs. Puan Norliza Md Nuruddin, Pengarah Audit dan Encik Ilyas Shukri bin Khodori, Pengarah Audit Negeri Perlis.