Forum “Belajar daripada Pengalaman – Kesan Kegagalan Menguruskan Kontrak Kerajaan dengan Baik”
Sempena Kursus Sijil Pengurusan Kontrak Kerajaan 2025
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Pada 9 Oktober 2025, YBhg. Dato’ Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara telah dijemput sebagai panel jemputan bagi Forum “Belajar daripada Pengalaman – Kesan Kegagalan Menguruskan Kontrak Kerajaan dengan Baik” sempena Kursus Sijil Pengurusan Kontrak Kerajaan 2025 anjuran Bahagian Penasihat, Jabatan Peguam Negara (AGC).
Forum ini turut menampilkan YBhg. Datuk Azian binti Mohd Aziz, Ahli Lembaga Pengarah Khazanah Nasional Berhad sebagai panel dan dikendalikan oleh YBrs. Tuan Ahmad Fauzi bin Sungip, Ketua Pasukan Projek Sistem eWORKS dari Bahagian Perolehan Kerajaan, Kementerian Kewangan.
Turut hadir YBhg. Dato' Suzana binti Atan, Peguam Cara Negara; YBrs. Puan Rafidah binti Omar, Ketua Bahagian Penasihat, AGC serta YBrs. Tuan Mohamad Onn bin Abd Aziz, Timbalan Ketua Bahagian Penasihat I (Seksyen Hal Ehwal Kerajaan dan Negara), AGC.
Sesi ini menghimpunkan seramai 150 pegawai daripada pelbagai Kementerian, Jabatan dan Agensi Kerajaan — khususnya yang bertanggungjawab dalam fungsi perundangan dan pengurusan perolehan serta kewangan.