Sesi Penyerahan Perakuan dan Pandangan Ketua Audit Negara Mengenai Pengauditan Syarikat Di Bawah Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis Melalui Sistem e-SelfAudit Bagi Tahun 2025
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
YBhg. Dato’ Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara telah mempengerusikan Sesi Perakuan Dan Pandangan Ketua Audit Negara Mengenai Pengauditan Syarikat Melalui Sistem e-SelfAudit Bagi Tahun 2025 pada 9 Oktober 2025 di Ibu Pejabat Jabatan Audit Negara kepada dua Syarikat di bawah Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) iaitu KUIPs Sdn. Bhd. dan Akademi Transformasi Asnaf MAIPs Sdn. Bhd. (ATAM).
Sesi ini juga turut dihadiri oleh YBrs. Tuan Haji Mohd Nazim bin Haji Mohd Noor, Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs yang merupakan badan induk kedua-dua syarikat tersebut.
KUIPs Sdn. Bhd. diwakili oleh Bendahari Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin (UniSIRAJ), Encik Khairul Anuar bin Razak manakala Akademi Transformasi Asnaf MAIPs Sdn. Bhd. diwakili oleh Pengurus Besar, Encik Mohamad Farid bin Abdul Rahim.
Turut hadir dalam sesi ini adalah YBrs. Encik Azman bin Mahmood, Timbalan Ketua Audit Negara Syarikat, YBrs. Puan Norliza binti Md Nuruddin, Pengarah Audit Kewangan I, YBrs. Encik Allias bin Alwi, Timbalan Pengarah Sektor Audit Pengurusan Syarikat Kerajaan I dan YBrs. Encik Ilyas Shukri bin Khodori, Pengarah Audit Negeri Perlis.
Pelaksanaan pengauditan e-SelfAudit yang diperkenalkan oleh Jabatan Audit Negara awal tahun 2025 ini berperanan mewujudkan pembudayaan audit yang lebih kukuh dalam pengurusan kewangan Syarikat Kerajaan. Pengauditan ini melibatkan 1,856 syarikat yang diwartakan seluruh Malaysia termasuk 14 syarikat dari Perlis.