Perasmian Program Latihan & Coaching Applied AI
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Jabatan Audit Negara (JAN) hari ini melancarkan Program Latihan & Coaching Applied AI, yang telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Seri Wan Suraya binti Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara.
Majlis perasmian ini turut dihadiri oleh Timbalan Ketua Audit Negara (Prestasi), Timbalan Ketua Audit Negara (Syarikat) serta pengarah-pengarah bahagian di Ibu Pejabat.
Program ini disertai oleh 25 orang pegawai JAN dan akan dijalankan selama 26 hari sehingga akhir Disember 2025. Ia bertujuan memperkasa keupayaan pegawai dalam mengaplikasikan kecerdasan buatan (AI) secara praktikal bagi meningkatkan kecekapan, inovasi dan kualiti penyediaan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN).
Program ini merupakan kesinambungan kepada inisiatif penerapan AI dalam Sistem e-SelfAudit, yang telah terbukti membantu mempercepatkan proses analisis soal selidik pengauditan syarikat berbanding pendekatan audit konvensional yang berasaskan analisis manual.
Dalam ucapan perasmiannya, YBhg. Dato’ Seri Ketua Audit Negara menegaskan bahawa pelaksanaan program ini merupakan satu ‘game changer’ bagi Jabatan Audit Negara dalam mendahului penerapan teknologi AI di sektor awam. Beliau turut menyeru semua peserta agar memberikan komitmen sepenuhnya, serta memanfaatkan ilmu dan kemahiran yang diperoleh untuk memperkukuh profesionalisme dan daya saing pengauditan negara.
Program ini dilaksanakan oleh Cloud Connect Sdn. Bhd., anak syarikat Telekom Malaysia Berhad (TM) yang merupakan salah satu Penyedia Perkhidmatan Terurus (Managed Service Provider, MSP) di bawah inisiatif MyDigital dan Pelan Tindakan Ekonomi Digital Malaysia.