Majlis Perjumpaan Ketua Audit Negara (KAN) Bersama Warga JAN Pahang &
Sambutan Bulan Kebangsaan Dan Kibar Jalur Gemilang 2025 JAN Negeri Pahang
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
YBhg. Dato’ Seri Wan Suraya, Ketua Audit Negara (KAN) telah menghadiri Majlis Perjumpaan KAN bersama Warga Jabatan Audit Negara (JAN) Negeri Pahang yang berlangsung di Wisma Audit Pahang pada 31 Julai 2025.
Dalam ucapannya, YBhg. Dato’ Seri KAN menekankan kepentingan untuk memanfaatkan kemudahan yang tersedia dengan sebaiknya serta menjaga fasiliti jabatan secara berhemah demi kelangsungan perkhidmatan yang efisien dan berkualiti.
YBhg. Dato’ Seri KAN turut menyempurnakan Sambutan Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2025 Peringkat JAN Pahang sebagai simbolik permulaan sambutan bulan kemerdekaan.
Sambutan dimulakan dengan gimik Penyerahan Jalur Gemilang kepada YBhg. Dato’ Seri KAN daripada Pengarah Audit Negeri Pahang, Encik Anuwar bin Asmuni. Acara ini disusuli dengan deklamasi sajak bertemakan patriotisme bertajuk “Jiwa Merdeka” oleh Saudara Mohamad Arif bin Borhan dan Saudari Farah Hanim binti Mansor, kedua-duanya Penolong Juruaudit JAN Pahang.
Tujuan sambutan ini diadakan adalah untuk menyemarakkan semangat patriotisme dalam kalangan warga kerja JAN Pahang di samping meningkatkan kesedaran tentang pentingnya perpaduan dan kecintaan terhadap negara dalam melaksanakan tugas sebagai penjawat awam.
Turut memeriahkan majlis sambutan tersebut ialah YBhg. Datuk Hajah Patimah binti Ramuji, Timbalan Ketua Audit Negara (Kewangan); YBrs. Encik Azman bin Mahmood, Timbalan Ketua Audit Negara (Syarikat); dan Pegawai-pegawai Kanan dari Ibu Pejabat JAN dan warga JAN Negeri Pahang.