faqhubungimaklumbalaspeta

logo audit

Highlight of Event

Sesi Penyerahan Perakuan Dan Pandangan Ketua Audit Negara Mengenai Pengauditan Syarikat Melalui Sistem e-SelfAudit
Bagi Tahun 2025 Negeri Pahang

WhatsApp Image 2025 07 31 at 19.57.51 WhatsApp Image 2025 07 31 at 19.57.51 1 WhatsApp Image 2025 07 31 at 19.57.53 WhatsApp Image 2025 07 31 at 19.57.53 1 WhatsApp Image 2025 07 31 at 19.57.54 WhatsApp Image 2025 07 31 at 19.57.54 2

 

YBhg. Dato’ Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara (KAN) telah menyerahkan Perakuan Dan Pandangan Ketua Audit Negara Mengenai Pengauditan Syarikat Melalui Sistem e-Selfaudit Bagi Tahun 2025 di Jabatan Audit Negara Negeri Pahang, Kuantan kepada satu syarikat Kerajaan Negeri Pahang iaitu LKPP Corporation Sendirian Berhad pada 31 Julai 2025.

LKPP Corporation Sendirian Berhad (LCSB) diwakili oleh Pengurus Besar, Encik Mohd Nazim bin Basiron.

Sesi penyerahan perakuan ini turut disaksikan oleh YH Dato’ Suhaimi bin Mohd Yunus, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Pahang yang merupakan badan induk kepada LCSB.

Turut hadir dalam sesi ini adalah YBhg. Datuk Hajah Patimah binti Ramuji, Timbalan Ketua Audit Negara (Kewangan), YBrs. Tuan Azman bin Mahmood,

Timbalan Ketua Audit Negara (Syarikat) dan Encik Anuwar bin Asmuni, Pengarah Audit Negeri Pahang.

Pelaksanaan pengauditan e-SelfAudit yang diperkenalkan oleh Jabatan Audit Negara awal tahun 2025 ini berperanan mewujudkan pembudayaan audit yang lebih kukuh dalam pengurusan kewangan Syarikat Kerajaan dan melibatkan 43 syarikat Kerajaan Negeri Pahang daripada 1,856 syarikat yang diaudit seluruh Negara.

  • Modified on: 01 Aug 2025
  • Print
  • 33