Sesi Penyerahan Perakuan Dan Pandangan Ketua Audit Negara Mengenai Pengauditan Petroliam Nasional Berhad, Petronas Carigali Sdn. Bhd. dan MyHSR Corporation Sdn. Bhd. Melalui Sistem e-SelfAudit Bagi Tahun 2025
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
YBhg. Dato’ Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara (KAN) telah menyerahkan Perakuan dan Pandangan Ketua Audit Negara Mengenai Pengauditan Syarikat Melalui Sistem e-Selfaudit Bagi Tahun 2025 di Ibu Pejabat Jabatan Audit Negara, Putrajaya kepada tiga syarikat Persekutuan iaitu Petroliam Nasional Berhad, Petronas Carigali Sdn. Bhd. dan MyHSR Corporation Sdn. Bhd. pada 30 Julai 2025.
Pelaksanaan pengauditan e-SelfAudit yang diperkenalkan oleh Jabatan Audit Negara awal tahun 2025 ini berperanan mewujudkan pembudayaan audit yang lebih kukuh dalam pengurusan kewangan Syarikat Kerajaan. Ianya melibatkan 850 syarikat Kerajaan Persekutuan daripada 1,856 syarikat yang diwartakan seluruh Malaysia.
Petroliam Nasional Berhad diwakili oleh Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, YM Tan Sri Tengku Muhammad Taufik Tengku Kamadjaja Aziz serta Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan, YBrs. Puan Liza Mustapha.
Manakala Petronas Carigali Sdn. Bhd. diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif, YBrs. Encik Hazli Sham Kassim.
Selain itu, MyHSR Corporation Sdn. Bhd. dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif, YBhg. Dato’ Mohd Nur Ismal Mohamed Kamal dan Ketua Korporat Kumpulan Interim, Encik Kamarul Affizi Omar.
Turut hadir dalam sesi ini adalah YBrs. Tuan Azman bin Mahmood, Timbalan Ketua Audit Negara (Syarikat), Puan Raftah binti Ibrahim, Pengarah Bahagian Audit Syarikat I dan Puan Sharifah Zarina binti Syed Ahmad, Pengarah Bahagian Audit Syarikat II.