faqhubungimaklumbalaspeta

logo audit

Highlight of Event

Mesyuarat Penutup Pengauditan Penyata Kewangan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2024

WhatsApp Image 2025 07 29 at 11.38.28 1 WhatsApp Image 2025 07 29 at 11.38.29 WhatsApp Image 2025 07 29 at 11.38.30 WhatsApp Image 2025 07 29 at 11.38.32 WhatsApp Image 2025 07 29 at 11.38.33

 

YBhg. Dato' Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara telah mempengerusikan Mesyuarat Penutup Pengauditan Penyata Kewangan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2024 pada 29 Julai 2025 di UTHM, Batu Pahat, Johor.

UTHM diketuai oleh YBrs. Professor Dr. Mas Fawzi bin Mohd Ali, Naib Canselor UTHM.

Hadir sama ialah YBhg. Datuk Hajah Patimah binti Ramuji, Timbalan Ketua Audit Negara (Kewangan); YBrs. Encik Mohd Fisul bin Ismail, Pengarah Audit Kewangan III, Jabatan Audit Negara dan Puan Norni @ Lina Muhammad, Pengarah Audit Negeri Johor.

Turut sama dalam mesyuarat ini ialah wakil-wakil dari Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Tuan Haji Ghazali Hizam , dan Tuan Haji Abid Abdul Jalil serta wakil dari JKR dan Firma Audit Swasta.

YBhg. Dato' Seri KAN seterusnya telah menyempurnakan sesi menandatangani dan penyerahan Sijil Ketua Audit Negara mengenai Penyata Kewangan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2024 kepada Naib Canselor UTHM.

 

  • Modified on: 29 Jul 2025
  • Print
  • 48