Sesi Penyerahan Perakuan Dan Pandangan Ketua Audit Negara Mengenai Pengauditan Syarikat Melalui Sistem e-SelfAudit
Bagi Tahun 2025 Negeri Johor
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
YBhg. Dato’ Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara (KAN) telah menyerahkan Perakuan Dan Pandangan Ketua Audit Negara Mengenai Pengauditan Syarikat Melalui Sistem e-Selfaudit Bagi Tahun 2025 di Johor Bahru kepada empat syarikat Kerajaan Negeri Johor iaitu PIJ Plantation & Agriculture Sdn. Bhd., PIJ Property Development Sdn. Bhd., YPJ Plantations Sdn. Bhd. dan KPRJ E & C Sdn. Bhd. pada 28 Julai 2025.
PIJ Plantation & Agriculture Sdn. Bhd. diwakili oleh Pengarah Eksekutif, Encik Rozamusliadi bin Roslan manakala PIJ Property Development Sdn. Bhd. diwakili oleh Pengarah Eksekutif, Tuan Haji Mohd Faiz bin Md Yassin.
Sesi penyerahan sijil perakuan ini turut disaksikan oleh Puan Hajah Shubanah binti Yusuf, Pengurus Besar Perbadanan Islam Johor (PIJ), yang merupakan badan induk kepada anak syarikat PIJ.
Seterusnya YPJ Plantations Sdn. Bhd. diwakili oleh Tuan Haji Mohd Aznawi bin Mohd Samin. Turut bersama adalah Tuan Haji Farizal bin Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif YPJ Holdings Sdn. Bhd. yang merupakan badan induk kepada anak syarikat YPJ.
Manakala Tuan Haji Mohd Shahrin Bin Dato Hj Rahmat, Ketua Pegawai Strategik Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ) mewakili KPRJ E & C Sdn. Bhd.
Turut hadir dalam sesi ini adalah YBhg. Datuk Hajah Patimah binti Ramuji, Timbalan Ketua Audit Negara (Kewangan), Puan Sharifah Zarina binti Syed Ahmad, Pengarah Bahagian Audit Syarikat II, dan Puan Norni @ Lina binti Mohamed, Pengarah Audit Negeri Johor.
Pelaksanaan pengauditan e-SelfAudit yang diperkenalkan oleh Jabatan Audit Negara awal tahun 2025 ini berperanan mewujudkan pembudayaan audit yang lebih kukuh dalam pengurusan kewangan Syarikat Kerajaan dan melibatkan 150 syarikat Kerajaan Negeri Johor daripada 1,856 syarikat yang diaudit seluruh Negara.