Kunjungan Hormat Ke Atas Setiausaha Kerajaan Negeri Johor & Mesyuarat Penutup Pengauditan Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Johor
Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2024
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
YBhg. Dato’ Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara (KAN) telah membuat kunjungan hormat ke atas YB Dato’ Haji Asman Shah bin Abd Rahman, Setiausaha Kerajaan Negeri Johor pada 28 Julai 2025 di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Kota Iskandar, Johor.
Kunjungan hormat tersebut disusuli dengan Mesyuarat Penutup Pengauditan Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Johor Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2024 yang telah dipengerusikan bersama Dato’ Seri Ketua Audit Negara dan YB Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri Johor.
Hadir ke mesyuarat tersebut ialah YBhg. Datuk Hajah Patimah Ramuji, Timbalan Ketua Audit Negara (Kewangan); YB Dato’ Haji Mohammed Ridha bin Dato’ Haji Abd Kadir, Pegawai Kewangan Negeri Johor; YBrs. Puan Norliza Md Nuruddin, Pengarah Audit Kewangan I; dan YBrs. Puan Norni @ Lina Mohamed, Pengarah Audit Negeri Johor.
YBhg. Dato’ Seri Ketua Audit Negara seterusnya telah menyempurnakan sesi menandatangani dan penyerahan Sijil Ketua Audit Negara Bagi Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Johor bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2024 kepada YB Dato' Setiausaha Kerajaan Negeri Johor.