faqhubungimaklumbalaspeta

logo audit

Highlight of Event

Lawatan Susulan Impak Pelaksanaan Kampung Angkat MADANI Jabatan Audit Negara di Kampung Masjid, Ijok, Perak

WhatsApp Image 2025 07 27 at 19.06.23 WhatsApp Image 2025 07 27 at 19.06.25 WhatsApp Image 2025 07 27 at 19.06.25 1 WhatsApp Image 2025 07 27 at 19.06.25 2 WhatsApp Image 2025 07 27 at 19.06.26 1 WhatsApp Image 2025 07 27 at 19.06.26 2 WhatsApp Image 2025 07 27 at 19.06.28 WhatsApp Image 2025 07 27 at 19.06.30

 

YBrs. Encik Azman Mahmood, Timbalan Ketua Audit Negara (Syarikat) telah mengetuai lawatan susulan JAN ke Kampung Masjid, Ijok, Perak yang merupakan lokasi yang diangkat sebagai Kampung Angkat MADANI Jabatan Audit Negara (JAN) pada tahun 2024.

Lawatan ini bertujuan meninjau keberkesanan dan impak projek-projek komuniti yang telah dilaksanakan serta mendapatkan maklum balas terus daripada penduduk setempat.

Antara projek yang ditinjau ialah Arena Square Wan Abu Bakar, Projek Tebatan Banjir, Dewan SK Haji Wan Jaafar, naik taraf kemudahan dan bilik jenazah masjid serta Arena Futsal yang telah menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat setempat.

Selain daripada itu, rombongan turut meninjau sebuah rumah yang memerlukan pembaikan segera serta dua buah rumah yang telah dibaik pulih di bawah Program Sayangi Rumahku, Yayasan Perak, bukti kerjasama berterusan antara pelbagai pihak demi kesejahteraan rakyat.

Lawatan ini turut disertai oleh YBrs. Encik Shahril Yahya, Pengarah Audit Prestasi; dan Puan Selwah Haji Said, Pengarah Audit Negeri Perak.

 

  • Modified on: 28 Jul 2025
  • Print
  • 52