faqhubungimaklumbalaspeta

logo audit

Highlight of Event

Malaysia’s International Conference on Governance and Integrity (MICGI) 2025

WhatsApp Image 2025 07 16 at 11.53.52 WhatsApp Image 2025 07 16 at 11.53.54 2 WhatsApp Image 2025 07 16 at 11.53.55 WhatsApp Image 2025 07 16 at 11.53.55 1 WhatsApp Image 2025 07 16 at 11.53.55 2 WhatsApp Image 2025 07 16 at 11.53.56

 

YBhg. Dato’ Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara telah menghadiri Malaysia’s International Conference on Governance and Integrity (MICGI) 2025 pada 15 Julai 2025 di Putrajaya.

Majlis ini telah dirasmikan oleh YAB Dato' Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri. Turut hadir ialah YB Datuk Seri Azalina Othman, Menteri di JPM (Undang-Undang dan Reformasi Institusi); dan YBhg. Tan Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara.

Dalam ucapan pembukaan, YB Datuk Seri Azalina Othman menekankan kepentingan reformasi institusi dan ketelusan dalam pentadbiran di samping komitmen kerajaan dalam memperkukuh tadbir urus berintegriti. Selain itu tambah beliau, MICGI berperanan sebagai platform untuk perkongsian amalan terbaik antara negara dan agensi.

YAB Perdana Menteri dalam ucapan beliau menzahirkan impian Malaysia untuk menjadi ekonomi dinamik yang bebas daripada rasuah endemik. Beliau juga memberi penghargaan tentang komitmen menyeluruh daripada semua pihak termasuk Ketua Audit Negara dalam memperkukuh sistem tadbir urus negara.

 

  • Modified on: 16 Jul 2025
  • Print
  • 49