faqhubungimaklumbalaspeta

logo audit

Highlight of Event

Majlis Amanat Ketua Audit Negara Bersama Pegawai Lantikan Baharu Penolong Juruaudit Gred W5

WhatsApp Image 2025 07 15 at 22.09.32 WhatsApp Image 2025 07 15 at 22.09.33 1 WhatsApp Image 2025 07 15 at 22.09.33 2 WhatsApp Image 2025 07 15 at 22.09.34 WhatsApp Image 2025 07 15 at 22.09.34 2 WhatsApp Image 2025 07 15 at 22.09.35 1

 

Majlis Amanat Ketua Audit Negara bersama pegawai lantikan baharu Penolong Juruaudit telah berlangsung pada 15 Julai 2025, bertempat di ibu pejabat Jabatan Audit Negara, Putrajaya. Seramai 49 orang Penolong Juruaudit Gred W5 telah hadir dalam Majlis tersebut.

Dalam amanat yang disampaikan, YBhg. Dato' Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara (KAN) telah menegaskan bahawa pelantikan sebagai Penolong Juruaudit bukan sekadar membuka lembaran baharu dalam kerjaya, malah merupakan satu tanggungjawab dan amanah besar dalam menyumbang khidmat kepada rakyat dan negara. Justeru itu, para pegawai baharu digesa untuk melaksanakan tanggungjawab dengan penuh integriti, profesionalisme dan komitmen bagi memastikan profesion juruaudit kekal dihormati serta diyakini oleh semua pihak.

Majlis ini juga mencerminkan komitmen Jabatan Audit Negara dalam membudayakan integriti dan kecemerlangan perkhidmatan awam.

Pegawai-pegawai ini akan ditempatkan di ibu pejabat Jabatan Audit Negara (JAN), pejabat JAN Negeri dan Unit Audit Dalam di Kementerian/Jabatan.

 

  • Modified on: 16 Jul 2025
  • Print
  • 61