Mesyuarat Penutup Pengauditan Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Perlis Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2024
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
YBhg. Dato’ Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara (KAN) telah mempengerusikan Mesyuarat Penutup Pengauditan Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Perlis Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2024 di Bilik Mesyuarat Perdana, Jabatan Audit Negara, Putrajaya pada 11 Julai 2025.
Seterusnya, YBhg. Dato’ Seri KAN telah menyempurnakan sesi penyerahan Sijil Ketua Audit Negara mengenai Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Perlis Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2024 kepada YB Dato’ Rahimi Ismail, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis sebaik berakhir mesyuarat.
Hadir sama dalam mesyuarat tersebut ialah YBhg. Datuk Hajah Patimah Ramuji, Timbalan Ketua Audit Negara (Kewangan), YBrs. Puan Norliza Md. Nuruddin @ Nordin, Pengarah Audit Kewangan I, YB. Tuan Saharuddin Sarwan, Pegawai Kewangan Negeri Perlis dan Encik Ilyas Shukri Khodori, Pengarah Audit Negeri Perlis.