Aplikasi Teknologi Kecerdasan Buatan (AI) Dalam Pengauditan JAN
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Jabatan Audit Negara (JAN) kini mula mengaplikasikan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) dalam bidang pengauditan sektor awam, selaras dengan aspirasi nilai Malaysia MADANI, khususnya teras MADANI Reka Cipta yang menekankan inovasi dan daya cipta dalam tadbir urus awam.
Bagi tujuan tersebut, Projek Pendigitalan JAN (PPJ) telah dibangunkan bagi menyokong usaha Kerajaan dalam mengukuhkan tatakelola serta tadbir urus wang awam yang bukan sahaja melibatkan agensi Kerajaan tetapi Syarikat berkaitan Kerajaan juga.
Pada 8 Julai 2025, YBhg. Dato’ Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara telah diberi taklimat mengenai teknologi AI yang disampaikan oleh wakil daripada Google Malaysia dan Pepper Labs.
Pembentangan ini memberi tumpuan kepada penggunaan AI dalam melaksanakan pengauditan syarikat berkaitan kerajaan.