Perjumpaan YAB Perdana Menteri bersama Warga Jabatan Perdana Menteri bagi Bulan Jun 2025
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
YBhg. Dato’ Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara telah menghadiri Majlis Perjumpaan YAB Perdana Menteri bersama Warga Jabatan Perdana Menteri bagi bulan Jun 2025 yang berlangsung pada 30 Jun 2025 (Isnin) bertempat di Dewan De' Seri Endon, Puspanitapuri, Putrajaya.
Dalam ucapan beliau, YAB Perdana Menteri menekankan kepentingan kefahaman penjawat awam terhadap Perlembagaan Persekutuan dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab masing-masing.
Turut hadir ialah YBrs. Encik Azman Mahmood, Timbalan Ketua Audit Negara (Syarikat); YBrs. Puan Norliza Md. Nuruddin, Pengarah Sektor Audit Kewangan; YBrs. Puan Baridatul Anita Bidin, Pengarah Akademi Audit Negara (AAN); serta pegawai-pegawai dari Jabatan Audit Negara (JAN) yang mewakili ibu pejabat Putrajaya, Negeri Sembilan dan Selangor.