faqhubungimaklumbalaspeta

logo audit

Highlight of Event

Lawatan Delegasi Kumpulan Kerja Institusi Audit Tertinggi Antarabangsa (INTOSAI) Mengenai Susulan Audit (WGFA)

WhatsApp Image 2025 06 28 at 20.09.50 WhatsApp Image 2025 06 28 at 20.09.51 WhatsApp Image 2025 06 28 at 20.09.51 1 WhatsApp Image 2025 06 28 at 20.09.52 WhatsApp Image 2025 06 28 at 20.09.52 1 WhatsApp Image 2025 06 28 at 20.09.52 2

 

Seramai 43 delegasi yang menghadiri Mesyuarat Pertama Kumpulan Kerja mengenai Susulan Audit (Working Group on Follow-up Audit – WGFA) di bawah Institusi Audit Tertinggi Antarabangsa (INTOSAI) telah berkesempatan menyertai beberapa program budaya dan pelancongan anjuran Penang Convention Exhibition Bureau (PCEB) yang dirangka khas bagi memperkenal keunikan warisan dan kekayaan alam semula jadi Negeri Pulau Pinang.

Antara pengisian menarik termasuk lawatan ke pusat penghasilan batik tempatan di Craft Batik Sdn. Bhd. Official Store, Georgetown. Delegasi mengambil kesempatan membeli pelbagai produk batik dan barangan tempatan sebagai cenderamata.

Delegasi turut dibawa melihat sendiri keunikan alam semula jadi warisan negara disamping memahami inisiatif usaha pemuliharaan hutan hujan tropika dan pelancongan lestari dalam kunjungan ke Edgecliff Gallery@Penang Hill dan The Habitat, destinasi ikonik di Pulau Pinang.

WhatsApp Image 2025 06 28 at 20.09.53 2 WhatsApp Image 2025 06 28 at 20.09.54 WhatsApp Image 2025 06 28 at 20.09.55 WhatsApp Image 2025 06 28 at 20.09.55 2 WhatsApp Image 2025 06 28 at 20.09.56 WhatsApp Image 2025 06 28 at 20.09.53

 

  • Modified on: 30 Jun 2025
  • Print
  • 15