faqhubungimaklumbalaspeta

logo audit

Highlight of Event

Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1447H/2025M

WhatsApp Image 2025 06 27 at 13.00.25 WhatsApp Image 2025 06 27 at 13.00.25 1 WhatsApp Image 2025 06 27 at 13.00.26 WhatsApp Image 2025 06 27 at 13.00.27 WhatsApp Image 2025 06 27 at 13.00.28 WhatsApp Image 2025 06 27 at 13.00.30 WhatsApp Image 2025 06 27 at 14.50.25

 

Jabatan Audit Negara (JAN) turut hadir menyemarakkan Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1447H/2025M yang telah diadakan pada 27 Jun 2025 (Jumaat) di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC), Kuala Lumpur.

Tema sambutan Maal Hijrah tahun ini ialah ‘Membangun Ummah MADANI’, yang menekankan usaha membina masyarakat sejahtera.

Majlis ini diserikan dengan keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Yang Amat Mulia Tunku Temenggong Johor.

Dalam titah Diraja, Baginda menyeru semua pihak menghormati Perlembagaan Persekutuan sebagai asas perpaduan negara yang majmuk. Baginda juga menekankan kepentingan memelihara keamanan dengan menolak sebarang bentuk permusuhan atas nama kaum atau agama.

JAN merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada YBhg. Dato’ Dr. Haji Nooh bin Gadut atas penganugerahan Tokoh Maal Hijrah Kategori Kebangsaan, dan Tuan Yang Terutama Dr. Tawfiq bin Fawzan Al-Rabiah yang dinobatkan sebagai Tokoh Maal Hijrah Peringkat Antarabangsa.

Seramai 50 orang kontinjen JAN telah menyertai perhimpunan ini yang diketuai oleh YBrs. Encik Azman Mahmood, Timbalan Ketua Audit Negara (Syarikat).

 

  • Modified on: 30 Jun 2025
  • Print
  • 18