faqhubungimaklumbalaspeta

logo audit

Highlight of Event

Pertemuan Dua Hala Ketua Audit Negara Bersama Rakan Sejawat Dari Institusi Audit Antarabangsa

512820452 1159114096260635 6277626942554467528 n 512976399 1159114269593951 7968404849538273997 n 512982488 1159114169593961 5935894827606864746 n 513070317 1159114216260623 1104675961484672724 n 513747293 1159114049593973 6077285626554334871 n 514067676 1159114349593943 4340037731804531453 n

 

Sempena Mesyuarat Kumpulan Kerja INTOSAI mengenai Susulan Audit (INTOSAI WGFA) yang berlangsung pada 26 hingga 27 Jun 2025 di Pulau Pinang, beberapa Ketua Audit dan pegawai kanan dari Institusi Audit Tertinggi [Supreme Audit Institutions (SAIs)] seperti Bulgaria, Turkiye, Pakistan dan Jepun telah berkesempatan mengadakan pertemuan dua hala dengan YBhg. Dato’ Seri Ketua Audit Negara.

Sesi pertemuan ini telah memberi ruang untuk membincangkan pelbagai inisiatif memperkukuh kerjasama strategik antara SAI Malaysia dan negara-negara tersebut, khususnya dalam bidang tadbir urus sektor awam, pemerkasaan kemahiran juruaudit serta adaptasi terhadap perkembangan teknologi semasa.

Usaha ini selaras dengan komitmen bersama dalam meningkatkan profesionalisme dan kompetensi institusi audit awam di peringkat global, sejajar dengan peranan INTOSAI sebagai penyelaras utama jaringan SAI antarabangsa.

 

  • Modified on: 30 Jun 2025
  • Print
  • 16