Mesyuarat Penutup Pengauditan Penyata Kewangan Universiti Sains Malaysia (USM) bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2024
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
YBhg. Dato’ Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara telah mempengerusikan Mesyuarat Penutup Pengauditan Penyata Kewangan Universiti Sains Malaysia (USM) bagi tahun berakhir 31 Disember 2024 pada 26 Jun 2025 di Pulau Pinang.
Hadir bersama dalam mesyuarat tersebut adalah YBhg. Prof. Dato’ Seri Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed (Naib Canselor USM), dan YBhg. Datuk Hajah Patimah Ramuji, Timbalan Ketua Audit Negara (Kewangan).
Turut hadir wakil dari Kementerian Kewangan, Kementerian Pengajian Tinggi dan Firma Audit Swasta.
Usai Mesyuarat Penutup, YBhg. Dato’ Seri Ketua Audit Negara telah menyempurnakan sesi penandatanganan dan penyerahan Sijil Ketua Audit Negara untuk Penyata Kewangan USM bagi tahun berakhir 31 Disember 2024 kepada Naib Canselor USM.