faqhubungimaklumbalaspeta

logo audit

Highlight of Event

Malaysia Mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Audit ASEAN ke-50

507022686 1147598944078817 8984991476282093708 n 507038398 1147599040745474 1762907147484504325 n 507058341 1147599087412136 7870986026768402978 n WhatsApp Image 2025 06 16 at 21.48.45 1 WhatsApp Image 2025 06 16 at 21.48.46 WhatsApp Image 2025 06 16 at 21.48.46 2

 

YBhg. Dato’ Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara Malaysia telah mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Audit ASEAN ke-50 (AAC) yang berlangsung pada 13 Jun 2025 di Sekretariat ASEAN, Jakarta.

Mesyuarat kali ini menghimpunkan wakil-wakil dari kesemua 10 Negara Anggota ASEAN termasuk Timor-Leste sebagai Pemerhati.

Mesyuarat AAC berperanan penting dalam memperkukuh sistem tadbir urus kewangan Sekretariat ASEAN. Antara agenda utama yang dibincangkan termasuklah penilaian isu-isu penyata kewangan beraudit, kajian ke atas sistem pengurusan risiko dan kawalan dalaman serta semakan terhadap Rancangan Audit Tahunan Tahun 2025/2026 dan Laporan Audit Dalam Tahun 2024/2025.

Sebagai Pengerusi ASEAN 2025, Malaysia membawa tema “Keterangkuman dan Kemampanan”, yang mencerminkan aspirasi rantau ini untuk membina masa depan yang lebih adil, telus dan berdaya tahan. Dalam semangat ini, Malaysia menegaskan komitmen untuk terus memperkukuh prinsip akauntabiliti, ketelusan dan integriti dalam setiap aspek pengurusan kewangan serantau.

Hasil perbincangan mesyuarat ini akan dibentangkan kepada Jawatankuasa Wakil Tetap ke ASEAN (CPR) sebagai langkah ke hadapan dalam memperkukuh kecekapan dan ketelusan institusi ASEAN.

 

 

  • Modified on: 13 Jun 2025
  • Print
  • 12