Mesyuarat Teknikal Ke-22 Jabatan Audit Negara (JAN) dan Badan Pemeriksa Keuangan Republik Indonesia (BPK RI)
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
YBhg. Dato’ Seri Ketua Audit Negara telah mempengerusikan bersama Mesyuarat Teknikal Ke-22 antara Jabatan Audit Negara (JAN), Malaysia dan Badan Pemeriksa Keuangan Republik Indonesia (BPK RI) yang berlangsung pada 12 Jun 2025 di Jakarta, Indonesia.
Beliau telah disambut oleh Ketua BPK RI, Dr. Isma Yatun, Wakil Ketua BPK RI, Dr. Budi Prijono, dan Anggota III BPK, Dr. Akhsanul Khaq, serta pegawai-pegawai kanan BPK RI.
Mesyuarat teknikal ini bertujuan untuk memperkukuh hubungan strategik antara institusi audit tertinggi kedua-dua negara, disamping menjadi platform perkongsian pengetahuan dan amalan terbaik dalam bidang audit sektor awam. Ia juga bertujuan meningkatkan kecekapan dan keberkesanan audit melalui pertukaran kepakaran antara JAN dan BPK RI yang termeterai dengan Memorandum Persefahaman (MOU) yang sedia terjalin antara SAI Malaysia dan SAI Indonesia sejak tahun 2023.
Dalam sesi kali ini, kedua-dua pihak telah berkongsi pengalaman, pandangan, dan cadangan yang konstruktif berhubung dua topik utama, iaitu Susulan Audit dan Audit Pematuhan Shariah.
Komitmen bersama ini mencerminkan usaha berterusan kedua-dua negara dalam memperkukuh integriti, akauntabiliti dan tadbir urus sektor awam di peringkat serantau.