faqhubungimaklumbalaspeta

logo audit

Highlight of Event

Lawatan Kajian ke BADIKLAT, BPK Republik Indonesia: Memperkukuh Kerjasama Audit Serantau

WhatsApp Image 2025 06 13 at 17.17.12 WhatsApp Image 2025 06 13 at 17.17.12 1 WhatsApp Image 2025 06 13 at 17.17.13 WhatsApp Image 2025 06 13 at 17.17.14

 

YBhg. Dato’ Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara telah berkesempatan mengadakan lawatan kajian ke Pusat Pendidikan dan Latihan (BADIKLAT), Badan Pemeriksa Keuangan Republik Indonesia (BPK RI), pada 12 Jun 2025 bertempat di Jakarta,Indonesia. Ketibaan beliau telah disambut oleh Bapak Raden Yudi Ramdan Budiman, Kepala Badan Pendidikan dan Pelatihan Pemeriksaan Keuangan Negara, Indonesia.

Lawatan ini bertujuan untuk memperkukuh hubungan dua hala antara institusi latihan audit Malaysia dan Indonesia melalui perkongsian ilmu, latihan profesional dan kerjasama strategik dalam bidang audit sektor awam. Ia juga menjadi platform untuk membina jaringan kerjasama serantau yang lebih mampan dan berdaya saing.

Dalam sesi tersebut, Akademi Audit Negara (AAN) turut diperkenalkan sebagai pusat latihan utama bagi juruaudit sektor awam Malaysia. AAN telah diiktiraf sebagai Recognised ASOSAI Training Institution sejak tahun 2018.

Dalam rangka lawatan tersebut, kedua belah bersetuju untuk mempertingkatkan kerjasama melalui institusi latihan masing-masing untuk pembangunan profesionalisme, ketelusan dan akauntabiliti juruaudit.

 

  • Modified on: 12 Jun 2025
  • Print
  • 14