faqhubungimaklumbalaspeta

logo audit

Highlight of Event

Mesyuarat Penyelarasan Bagi Persediaan Mesyuarat Jawatankuasa Audit ASEAN (AAC) Ke-50

506170322 1146196597552385 1301165758525762606 n 506251814 1146196560885722 7170497001186828803 n

 

YBhg. Dato’ Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara telah mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan bagi tujuan persediaan Mesyuarat Jawatankuasa Audit ASEAN (AAC) Ke-50 pada 11 Jun 2025 di Bangunan Sekretariat ASEAN, Jakarta, Republik Indonesia.

Seiring dengan Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025, Ketua Audit Negara telah dilantik menjadi Pengerusi AAC bagi tahun 2025.

Mesyuarat penyelarasan ini melibatkan Internal Audit and Evaluation Division (IAED), Sekretariat ASEAN (ASEC) dan PricewaterhouseCoopers (PwC), Indonesia selaku Juruaudit Luar Penyata Kewangan ASEC tahun 2023 dan 2024.

Turut hadir ke mesyuarat penyelarasan tersebut ialah YBrs. Puan Norliza binti Md. Nuruddin, Pengarah Audit Kewangan 1, JAN; Encik Ramonchito N. Jaca, Ketua Audit Dalam, IAED ASEC; dan Encik Steven Tangara, Rakan Kongsi PwC, Indonesia.

 

  • Modified on: 11 Jun 2025
  • Print
  • 11