Kunjungan Hormat Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC) Kepada Ketua Audit Negara
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
YBhg. Dato’ Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara telah menerima Kunjungan Hormat daripada YBhg. Datuk Zolkopli bin Dahalan, Pengerusi Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC) pada 16 Jun 2025 di Ibu Pejabat, Jabatan Audit Negara (JAN).
Hadir sama ke sesi tersebut ialah YBhg. Dato' Shukri bin Abdullah, Anggota Suruhanjaya IPCC, Puan Siti Jalilah binti Abd Manap, Ketua Pegawai Eksekutif IPCC, YBhg. Datuk Hajah Patimah binti Ramuji, Timbalan Ketua Audit Negara (Kewangan), dan Puan Nadhirah binti Hj Abdul Wahab, Pengarah Audit Kewangan II, Jabatan Audit Negara.