Majlis Perasmian Sambutan Hari Belia Negara Tahun 2025 (HBN 2025)
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
YBhg. Dato' Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara (KAN) telah memenuhi jemputan ke Majlis Perasmian Sambutan Hari Belia Negara Tahun 2025 (HBN 2025) yang berlangsung pada 14 Jun 2025 bertempat di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.
Majlis ini telah dirasmikan oleh YAB Dato' Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia, sebagai tanda sokongan padu kerajaan terhadap pembangunan belia negara.
Kehadiran YBhg. Dato' Seri KAN menyerlahkan komitmen Jabatan Audit Negara dalam menyokong aspirasi belia serta memperkukuh hubungan antara institusi awam dan generasi muda Malaysia.
"Yakin Boleh!"