Mesyuarat Penambahbaikan Sistem e-SelfAudit Versi 2.0 [Bantuan Aplikasi Artificial Intelligence (AI)], dan Indeks Pengurusan Syarikat
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Sektor Audit Pengurusan Syarikat Kerajaan, Jabatan Audit Negara (JAN) telah menganjurkan Mesyuarat Penambahbaikan Sistem e-SelfAudit Versi 2.0 [Bantuan Aplikasi Artificial Intelligence (AI)], dan Indeks Pengurusan Syarikat pada 9 hingga 12 Jun 2025.
Mesyuarat ini melibatkan seramai 52 orang pegawai Audit daripada Ibu Pejabat JAN dan pelbagai pejabat JAN negeri. Mesyuarat telah dilancarkan oleh YBhg. Dato’ Seri Wan Suraya Wan Mohd. Radzi, Ketua Audit Negara dan turut dihadiri oleh YBrs. Tuan Azman bin Mahmood, Timbalan Ketua Audit Negara (Syarikat).
Turut serta dalam mesyuarat ini ialah wakil daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) dan Jabatan Digital Negara (JDN). Penyertaan agensi luar ini adalah bagi memberikan pandangan teknikal dan kepakaran profesional dalam memperkukuh pelaksanaan cloud platform dan penyelesaian berasaskan AI dalam proses pengauditan syarikat Kerajaan di JAN.