Ceramah Eksekutif Dan Majlis Bacaan Yaasin & Doa Selamat
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Sempena Ulang Tahun Ke-20 penubuhan Akademi Audit Negara (AAN) pada tahun ini, satu Ceramah Eksekutif bertajuk "Nikmat yang Disyukuri, Amanah yang Ditunaikan" telah diadakan pada hari Isnin, 9 Jun 2025 di Auditorium Ahmad Noordin, AAN bersama hampir 300 warga Jabatan Audit Negara (JAN) yang hadir secara bersemuka dan dalam talian.
Ceramah disampaikan oleh Ustaz Ahmad Taufiq bin Hj. Hamdan, Imam Masjid Negeri, Negeri Sembilan.
Majlis dimulakan dengan pelancaran Potret mantan Ketua Audit Negara, YBhg. Datuk Seri Nik Azman Nik Abdul Majid untuk digantung dalam Auditorium AAN sebagai penghargaan atas jasa dan sumbangan beliau dalam memperkukuh institusi audit negara.
Acara diteruskan dengan bacaan Yasin dan Doa Selamat.
YBhg. Dato’ Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi berbesar hati menghadiri majlis tersebut disamping menyampaikan sumbangan daging korban kepada wakil golongan asnaf termasuk dari sekolah dan maahad tahfiz sekitar Bandar Enstek, Nilai, Negeri Sembilan.
Majlis turut dihadiri oleh YBhg. Datuk Nor Salwani Muhammad, Timbalan Ketua Audit Negara (Prestasi); YBrs. Tuan Azman Mahmood, Timbalan Ketua Audit Negara (Syarikat); YBrs. Puan Baridatul Anita Bidin, Pengarah Akademi Audit Negara dan ahli Mesyuarat Pengurusan Jabatan Audit Negara.