Sesi Libat Urus Papan Pemuka Dalam Talian Ketua Audit Negara (Auditor General's Dashboard-AGD) Bersama Kementerian Pengangkutan
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Jabatan Audit Negara telah mengadakan sesi libat urus menyusuli isu-isu yang dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Tahun 2021 hingga 2022 yang dipaparkan dalam Papan Pemuka Dalam Talian Ketua Audit Negara (Auditor General's Dashboard-AGD) melibatkan Kementerian Pengangkutan (MOT) hari ini, 5 Jun 2025.
Sesi libat urus tersebut telah dipengerusikan oleh YBhg. Dato' Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara.
Turut hadir ke sesi ini ialah YBhg. Dato' Jana Santhiran Muniayan, Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan; YBrs. Dr. Nor Fuad bin Abdul Hamid, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) MOT; YBhg. Datuk Aedy Fadly bin Ramli, Ketua Pengarah JPJ dan Encik Shahrul Fadli bin Omar, Ketua Pegawai Korporat, Perbadanan Aset Keretapi (RAC).
Sebanyak dua isu telah dibincangkan yang melibatkan Bayaran Terhadap Perkhidmatan Mencetak Dokumen Terkawal dan Kelestarian Pengangkutan Awam Darat di Lembah Klang.