faqhubungimaklumbalaspeta

logo audit

Highlight of Event

Mesyuarat Pembukaan Pengauditan Terhadap Program Penyelidikan, Pembangunan, Pengkomersialan dan Inovasi (R&D&C&I)

WhatsApp Image 2025 06 16 at 22.18.03 WhatsApp Image 2025 06 16 at 22.18.04 WhatsApp Image 2025 06 16 at 22.18.04 1 WhatsApp Image 2025 06 16 at 22.18.04 2 WhatsApp Image 2025 06 16 at 22.18.05 WhatsApp Image 2025 06 16 at 22.18.05 1

 

YBhg. Dato’ Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara telah mempengerusikan Mesyuarat Pembukaan Pengauditan Terhadap Program Penyelidikan, Pembangunan, Pengkomersialan dan Inovasi (R&D&C&I) pada 5 Jun 2025 di Ibu Pejabat Jabatan Audit Negara, Putrajaya.

Mesyuarat Pembukaan ini bertujuan untuk memaklumkan mengenai pengauditan yang akan dilaksanakan oleh Jabatan Audit Negara (JAN) terhadap Program R&D&C&I khususnya di empat Kementerian utama iaitu Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI); Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM); Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT); dan Kementerian Pelaburan Perdagangan dan Industri (MITI). Pengauditan turut melibatkan Kementerian Ekonomi dan Kementerian Kewangan khususnya bagi aspek pemantauan peruntukan yang disalurkan.

Mesyuarat dihadiri oleh YBhg. Datuk Dr. Anesee bin Ibrahim, Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi; YBhg. Dato’ Ts. V. Valluvan a/l Veloo, Timbalan Ketua Setiausaha (Makro) Kementerian Ekonomi; YBhg. Dato’ Sri Norazman bin Ayob, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar), Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan; YBhg. Dato' Indera Ab Rahim bin Ab Rahman, Pengarah Belanjawan Negara, Kementerian Kewangan; YBhg. Datuk Ts. Dr. Mohd Nor Azman bin Hassan, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Teknologi), Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi; dan YBhg. Datuk Hanafi Sakri, Timbalan Ketua Setiausaha (Industri), Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).

 

  • Modified on: 05 Jun 2025
  • Print
  • 7