faqhubungimaklumbalaspeta

logo audit

Highlight of Event

Kursus Teknik Pengauditan Berkesan

WhatsApp Image 2025 06 16 at 22.09.32 WhatsApp Image 2025 06 16 at 22.09.32 1 WhatsApp Image 2025 06 16 at 22.09.33 WhatsApp Image 2025 06 16 at 22.09.33 1

 

Akademi Audit Negara telah menganjurkan Kursus Teknik Pengauditan Berkesan kepada 70 orang pegawai Audit Dalam Jabatan / Agensi Kerajaan Negeri Johor pada 3 hingga 5 Jun 2025. Kursus ini diadakan dengan kerjasama Akademi Perkhidmatan Tadbir Negeri Johor (APTNJ).

Majlis Penutup telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara pada 5 Jun 2025.

Majlis penutup ini turut dihadiri oleh Yang Berhormat Dato' Dr. Haji Badrul Hisham bin Kassim, Ketua Pegawai Eksekutif APTNJ dan Puan Norliyati binti Md. Nor, Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Pemantauan Projek & Kesejahteraan Rakyat).

Kursus julung kali diadakan ini dilaksanakan selaras dengan Nota Kerjasama yang telah ditandatangani antara AAN dan APTNJ pada 20 Februari 2025. Kerjasama ini bertujuan memperkukuh latihan dan pembangunan kapasiti pegawai untuk melaksanakan pengauditan sektor awam.

Penceramah yang menjayakan kursus terdiri daripada pegawai Jabatan Audit Negara (JAN) yang ditempatkan di Unit Audit Dalam (UAD) serta Bahagian Audit Dalam Kementerian, Bahagian Kawalan Strategik dan Korporat (BKSK) Kementerian Kewangan, UAD Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri dan Bahagian Susulan Audit JAN.

 

  • Modified on: 05 Jun 2025
  • Print
  • 5