Penyerahan Kenderaan Baharu Jabatan Audit Negara
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
YBhg. Dato’ Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara, telah menyempurnakan sesi penyerahan kenderaan baharu Jabatan Audit Negara (JAN) yang berlangsung dengan simbolik penyerahan replika kunci kepada para penerima pada 3 Jun 2025 (Selasa).
Perolehan ini, yang diluluskan pada 14 Januari 2025, merupakan usaha JAN bagi meningkatkan kecekapan operasi lapangan serta memperkukuh mobiliti pasukan audit di seluruh negara.